Tuesday, 10 July 2012

Sungguh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. :)

Sungguh,
Aku lemah.
Berkali-kali diasak bisikan syaitan,
Aku jatuh rebah ke tangan mereka.
Bangkit semula pabila semangat tiba,
namun tersungkur kembali dibuai nikmat dunia.

Sungguh,
Menyangka diriku telah hebat dipersada dunia,
namun aku tiada dimana di mata Dia.
Alangkah baiknya jika hidup dibuai kemewahan,
dunia mahupun akhirat.
Tetapi ku sedar,
pengorbanan ini tidak pernah menjanjikan kemewahan.

Sungguh,
Tangisan demi tangisan,
ketabahan dan keteguhan,
Itu yang kita perlukan,
Bukan hiburan yang memesongkan.

Sungguh,
Jalan ini tidak mudah,
Bukan seperti yang ku sangka.
Kerana jiwa kita,
Harus senantiasa mencari keredhaanNya,
Sentiasa mencari CintaNya.

Sungguh,
Doa demi doa,
Dengan pengharapan yang besar kepadaNya.
Harapan untuk ke Jannah,
Impian yang mungkin tidak tercapai.

Sungguh,
Allahu Allah,
KepadaMu lah tempat aku bergantung,
Dan kepadaMu lah tempat aku meminta pertolongan.


P/S : Guide me through your light Ya Rabb, because I know You will never disappoint me. :''')

No comments: