Assalamualaikum. =)

The Prophet Muhammad (pbuh) said: "Do you know who is most generous? God is the Most Generous, then I am most generous to mankind, and the most generous people after me will be those who will acquire knowledge and then disseminate it. They will come on the Day of Resurrection singly, like a ruler."

Al-Tirmidhi, Hadith 93

Sunday, 5 February 2012

Monolog Dalaman.

Assalam. :)

Just a quick share.

Hadis 40 : Dunia adalah Jambatan Akhirat
"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. memegang bahuku dan bersabda, 'Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.' Ibnu Umar r.a. berkata, 'Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika kamu di pagi hari, jangalah menunggu petang, ambillah persiapan saat kamu sihat. Untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ingat 5 perkara, sebelum lima perkara :

  • Hidup sebelum mati.
  • Kaya sebelum miskin.
  • Lapang sebelum sempit.
  • Sihat sebelum sakit.
  • Muda sebelum tua.

Sesungguhnya, dunia ini sementara. Akhirat itu kekal. Maka, kejarlah yang kekal, bukan yang sementara. Dunia ini umpama tempat persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk hari akhirat nanti (The Day of Judgement). Saya pasti, setiap orang pasti mendambakan taman syurga sebagai tempat perlabuhan terakhir mereka. Justeru itu, haruslah kita membina kapal yang paling kukuh bagi membolehkan dambaan tersebut tercapai. Kapal yang bukan hanya mampu membolehkan kita berlayar seorang, akan tetapi sebuah kapal bahtera yang mampu menampung orang-orang di sekeliling kita, terutama sekali keluarga dan sahabat handai yang tercinta. Insya-Allah. Kekuatan itu datang dari Allah. May Allah bless.

Ingatlah wahai teman, masa itu emas. Hargailah setiap detik masa yang ada. Insya-Allah, infaqkanlah apa yang ada di jalan Allah. Moga setiap sesuatu yang diberi, dikurniakan keredaan dari Allah. Wallahu 'alam. :)

No comments: