Thursday 26 April 2012

Alkisah pertandingan tarik tali.

Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum wbt.

Baiklah. Hari ini kita akan berbicara menggunakan bahasa ibunda kita, iaitu bahasa kebangsaan atau ianya lebih dikenali dengan Bahasa Melayu, segelintir masyarakat sudah memulai membahasakannya sebagai Bahasa Malaysia. Terpulanglah kepada individu. Tetapi bagi ana, istilah Bahasa Melayu itu lebih sesuai diguna, bagi melambangkan bahasa ciptaan/milik orang Melayu, sebagaimana Bahasa Tamil dan Bahasa Cina dikategorikan. :)

"Like a rope pulling contest. When both sides have the equal amount of strength, the force of tension on the rope will eventually split it apart. And there it goes, disconnection between both the sides. But, each gets only half. So, when will it ever be a rope of full length again? Never. Wanna stay united? Stop pulling and be on one side instead!"

      Jika ramai yang mengutarakan pandangan tentang kisah kebanggaan keMelayuan mereka, ana ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai perkara-perkara tersebut. Mungkin ramai yang telah melabelkan ana sebagai Melayu celup ataupun "Melayu yang tak Melayu sangat". Mengapa? Kerana ana tidak bersemangat Melayu berkobar-kobar seperti mereka?? Tidak sama sekali. Memang, ana bukan 100% Melayu. Dan ana tidak pula menyatakan perasaan bangga ana untuk tidak dilahirkan sebagai bukan 100% Melayu, kerana bagi ana lahir dalam Islam, agama yang syumul itu lebih patut dibanggakan daripada dilahirkan dalam bangsa Melayu kah, Cina kah, India kah, Korea kah, Arab kah, Eropah kah dan seterusnya kah...(endless races in the world. LOL.)

      Kini kita dapat lihat, ramai yang suka mempertahankan hak keistimewaan Melayu di tanah air kita. Ana tidak menafikan bahawa bangsa Melayu memang merupakan pendekar-pendekar utama yang telah berjuang untuk tanah air kita dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dan dalam buku-buku teks Sejarah di bangku sekolah, kita dapat lihat, ramai pejuang-pejuang tanah air adalah di kalangan berbangsa Melayu. Ya tepat. Tetapi, adakah buku-buku teks kita pernah menekankan tentang sejarah perjuangan menegakkan agama Islam? Oh tidak dapat ana kesan pula. Mungkin kerana inilah, pelajar-pelajar bersifat lebih menekankan "Melayu bangsa dijulang". Pada hakikatnya, semua bangsa sepatutnya diraikan. Tiada pula surah atau ayat di dalam Al-Quran yang menyatakan tentang betapa mulianya bangsa Melayu itu.  Kalau jumpa, bagitau lah ana je. Selamat taddabur Al-Quran. :)

      Bagi ana, Islam itu yang sebenar-benarnya mengangkat darjat sesuatu bangsa. Contohnya seperti bangsa Arab, yang dimuliakan Allah dengan kedatangan Islam, telah menghakis akhlak-akhlak jahiliyyah dan membawa akidah Islamiah. Memetik ucapan Saidina Umar Al-Khattab, “Kami adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Jika kami mencari kemuliaan dengan selain Islam, Allah akan menghinakan kami”. Di sini, kita dapat lihat bahawa tiada bangsa yang mulia, jika Islam tidak datang memuliakannya. Oleh itu, muliakah bangsa Melayu tanpa Islam??

      Seringkali, ramai yang menyentuh tentang isu peluang pendidikan dan ekonomi melalui hak keistimewaan orang Melayu. Topik ini agak sensitif untuk dibicarakan (disebabkan ianya berada dalam perlembagaan, so....?) , tetapi ana mahu juga mengutarakan pendapat ana setelah sekian lama memendam idea. Pernah ana berdebat dengan ramai orang, termasuklah facilitator BTN ana sendiri (habislah kalau Abg Man baca). Isu biasiswa dan hak keistimewaan orang Melayu. Ya, ana tahu, jika bukan kerana adanya kuota untuk pelajar Melayu, mungkin, MUNGKIN, ana dan kawan-kawan sebangsa ana tidak akan mendapat peluang seBESAR ini untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas ihsan biasiswa. Tapi, kita siapa hendak menentukan nasib dan takdir? Tuhankah kita?

      Adilkah dengan mewujudkan kuota ini, yang sangat sangat sangat menyekat perolehan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran bagi mereka yang berbangsa bukan Melayu? Ana telah berkawan, bersahabat dengan pelajar-pelajar bukan Melayu sepanjang tempoh ana bersekolah. Ana bersekolah di sekolah Cina dari Darjah satu hingga Tingkatan 5. Maka, dengan ini mungkin anda akan mengatakan, "Ahhh inilah sebabnya dia tak Melayu langsung, patutlah, tak berbudaya Melayu." Satu respons sahaja dari ana : "Perghhh!" Tetapi itulah manusia, bersikap judgmental. Lumrah? Mungkin lumrah Melayu. LOL. *no offense* Buat pengetahuan saudara-saudari yang dirahmati Allah, ana dilahirkan dengan fikrah Islam, keluarga ana Islam, berbudaya, bertutur bahasa Melayu. Tetapi budaya Melayu tidak pernah ditekankan didalam keluarga, kerana ayah ana tidak melatih kami untuk menjadi Melayu, tetapi untuk menjadi Muslim. :)

      Okay. Berbalik kepada ceritera biasiswa. Ramai kawan-kawan ana yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, tetapi dalam sekolah ana, hanya ana seorang sahaja yang mendapat biasiswa kerajaan. Mengapa? Sebab ana berketurunan Melayu dalam IC, dan kawan-kawan yang bukan berketurunan Melayu  harus bertarung, eh, berlumba-lumba, eh, ber-compete, untuk placing biasiswa yang sangat sedikit. Walaupun results mereka gempak!? Lebih gempak berbanding ana dan kawan-kawan ana yang telah fly barangkali. Dan ini dikatakan adil? Alasan yang ana selalu dengar adalah : Bangsa mereka sudah kaya, tidak perlu disponsor lagi, Melayu masih perlukan bantuan kerajaan. Hakikatnya, penyumbang cukai pendapatan tertinggi di Malaysia adalah bukan Melayu! Disini ternyata dengan jelasnya, bangsa kita sangat dependent kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Dan kini, ana lihat, jika bantuan dikurangkan sedikit, akan ada pihak yang melatah sini sana, memperjuangkan "hak keistimewaan" mereka. Dari sini lah kita boleh lihat, mengapa Melayu itu masih ketinggalan. Kurangnya semangat kompetitif dan banyak bergantung kepada pihak kerajaan! Sepanjang ana berpendidikan sekolah Cina, semangat kompetitif lah yang telah disuntikkan. Alhamdulillah, ana sangat bersyukur kerana telah berpeluang untuk berada di dalam persekitaran yang sedemikian, yang telah menjadikan ana seorang yang banyak bergantung kepada usaha, doa dan berkat dari Allah Ta'ala.

      Dan dengan sikap sedemikianlah, ekonomi kita, orang Islam, masih tidak dapat menandingi mereka! Ponder upon it. Ana tidak menuding jari ke arah pihak mana-mana ke atas isu ini, kerana ini takdir Allah bukan? Cuma yang ingin ana tekankan ialah, marilah berfikiran terbuka, bersikap adil, bersikap independent dan rely fully on Allah. Kita tidak layak merampas hak orang lain walau mereka tidak sefikrah agama sekalipun. Rasulullah tidak pernah menindas kaum bukan Arab atau Yahudi sekalipun di zaman kerajaan Madinah, bukan? Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang dilangit, dibumi dan di antara kedua-duanya. Allahu 'alam. :)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."  Al-Quran [Al-Hujuraat (49) : 13]

      Segala pendapat, buah fikiran, idea dan sebagainya amatlah dialu-alukan. Silakan. Mari kita menjadi mahasiswa yang berfikir, PEDULI, dan bukan mahasiswa yang "lembu" atau "kambing" atau ayam pun bolehhh. Maaf andai post ini agak panjang dan provokatif. Ini dari kata hati dan akal yang sedang membara inginkan keadilan di bumi. Hablum Minallah, Hablum Minannas. Jagalah hubungan dengan Allah, dan juga jagalah hubungan sesama manusia. Semoga diberkati Allah. ;)



P/S : Instead of emphasizing about our race, lets think about spreading the religion and words of Allah to people around us. Dengan Islam yang syumul itulah, akan tertegaknya keadilan dan segala kebaikan di bumi ini. Islam is the way of life, it's our DEEN! Masya-Allah. :')

No comments: